Showing posts with label Penginapan. Show all posts
Showing posts with label Penginapan. Show all posts

Thursday, December 4, 2025

YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.

 




YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.


KUALA LUMPUR: Marriott International memeterai perjanjian dengan YTL Hotels bagi membawa jenama mewah JW Marriott ke Johor Bahru melalui penukaran strategi bekas hotel Thistle Johor Bahru.


Projek itu dijangka siap dan dibuka kepada umum menjelang Disember 2026, sekali gus mengukuhkan kehadiran Marriott dalam segmen hospitaliti mewah di Malaysia.


Presiden Marriott International Asia Pasifik (tidak termasuk China), Rajeev Menon, berkata langkah itu merupakan sebahagian strategi pengembangan jenama JW Marriott ke destinasi yang menunjukkan peningkatan permintaan pelancongan perniagaan dan rekreasi.


"Johor Bahru mempunyai hubungan rentas sempadan yang kukuh dan semakin berkembang sebagai hab antarabangsa.


Ia menjadikan bandaraya ini lokasi semula jadi untuk penjenamaan JW Marriott yang menekankan pengalaman mewah yang transformatif," katanya pada majlis memeterai perjanjian itu di Kuala Lumpur, semalam.


Sementara itu, Pengarah Eksekutif YTL Hotels, Datuk Mark Yeoh Seok Kah, berkata kerjasama jangka panjang bersama Marriott International sekali lagi diperkukuh melalui projek terbaharu itu.


"Hotel ini akan ditransformasi menjadi sebuah destinasi mewah moden yang mencerminkan nilai JW Marriott. Ia juga menandakan peranan Johor Bahru sebagai destinasi pilihan pelancong berprofil tinggi," katanya.


Pembukaan JW Marriott Hotel Johor Bahru dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan sektor hospitaliti mewah di bandaraya ini, sekali gus mengangkat Johor sebagai destinasi premium yang mampu bersaing dengan Singapura.


Perkembangan pesat ekonomi negeri, kedudukan strategik dan pembukaan Rapid Transit System (RTS) pada tahun depan menjadi antara faktor utama yang menyokong kehadiran jenama lima bintang itu.


Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pembangunan Asia Pasifik (tidak termasuk China) Marriott International, D.Shawn Hill, berkata permintaan terhadap penginapan mewah semakin meningkat di pasaran sekunder seperti Johor Bahru, seiring pertumbuhan pelancongan dan akses yang lebih mudah antara kedua-dua negara.


"Kami melihat peningkatan permintaan ketara di banyak pasaran luar bandar bandar utama. Johor Bahru menjadi lokasi strategik kerana kedudukannya bersebelahan Singapura dan RTS akan mengurangkan kekangan perjalanan dengan hanya lima minit dari Woodlands," katanya.


Hotel JW Marriott Johor Bahru yang kini menjalani proses ubah suai menyeluruh merangkumi kawasan seluas 1.9 hektar dengan 410 bilik termasuk pilihan penginapan premium berkonsep kontemporari serta pemandangan panoramik bandar.


Antara kemudahan lain yang dirancang termasuk Executive Lounge sebuah spa dengan lima bilik rawatan, kemudahan hidroterapi, pusat kecergasan moden, kolam renang gaya resort, gelanggang tenis, tiga gelanggang pickleball serta Kids' Club khusus untuk keluarga.


Ruang acara turut dipertingkatkan dengan keluasan keseluruhan 2,517 meter persegi, merangkumi sebuah ballroom utama seluas 900 meter persegi, junior ballroom 600 meter persegi dan 16 bilik mesyuarat.


Hotel berkenaan terletak di persimpangan Jalan Sungai Chat dan Jalan Lingkaran Dalam, hanya beberapa minit dari Stesen RTS Bukit Chagar yang dijangka siap, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.


JW Marriott Johor Bahru akan menjadi hotel JW Marriott kedua di negara ini selepas JW Marriott Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh portfolio mewah Marriott di Malaysia yang turut merangkumi The Ritz-Carlton, The St. Regis dan W Hotels.


Sumber daripada

~

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/12/1480186/ytl-ubah-suai-thistle-johor-bahru-jadi-jw-marriott-dibuka-akhir-2026


👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽

🔗🔗🔗🔗🔗


https://www.facebook.com/sijoriregion/


https://sijoriregion.blogspot.com/?m=0


🔗🔗🔗🔗🔗

👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽


#SIJORI #SingaporeJohorRiauRiauIslands #SingapuraJohorRiauKepulauanRiau #Singapura #Singapore #Temasek  #Malaysia #Indonesia #NegaraKesatuanRepublikIndonesia #NKRI #RepublikIndonesia #RI #Singaporean #Malaysian #Indonesian #SouthernLions #Lions #HarimauMalaya  #Garuda #GarudaDiDadaku #Johor #Johore #Riau #KepulauanRiau #Kepri #RiauIslands #NegeriJohor #StateJohor #ProvinsiRiau #ProvinsiKepulauanRiau #ProvinsiKepri #ProvinceRiau #ProvinceRiauIslands #RiauPesisir #CoastalRiau #Risir #NatunaAnambas #ProvinsiRiauPesisir #ProvinsiRisir #ProvinsiNatunaAnambas #ProvinceCoastalRiau #ProvinceNatunaAnambas #MarinaBaySands #MarinaBaySandsSingapore #MarinaBaySandsSingapura #VivoCity #VivoCitySingapore #VivoCitySingapura #Negaraku #MajulahSingapura #IndonesiaRaya #BatamBintanKarimun  #BBKRegion  #StraitsOfJohor  #IskandarRegion  #SelatMelaka  #NusantaraArchipelago  #CrossBorderHub  #JohorSingaporeLink  #GreaterRiau  #ASEANSouth #JohorSingaporeSpecialEconomicZone #JohorSingaporeSpecialEconomyZone #JSSEZ #YTL #Thistle #JWMarriot #Accomodation #Accomodations #Penginapan #Hotel #Hotels


Sunday, October 11, 2020

Senarai Hotel - Hotel Utama Di Dalam Kawasan SIJORI...




Kawasan bandaraya ecumenopolitan antarabangsa SIJORI (Singapura, Johor, Riau & Kepulauan Riau) sememangnya mempunyai banyak perkhidmatan penginapan hotel berbintang, hotel bajet dan homestay.

Berikut pengarang blog ini senaraikan antara nama hotel-hotel berbintang utama di kawasan bandaraya ecumenopolitan antarabangsa SIJORI (Singapura, Johor, Riau & Kepulauan Riau) untuk rujukan para pembaca.

1 ) Republik Singapura.

~ Mandarin Oriental Singapore.
~ Andaz Singapore.
~ The Saint Regis Singapore.
~ The Ritz Carlton, Millenia Singapore.
~ Marina Bay Sands Hotel Singapore.
~ Six Senses Duxton & Maxwell Singapore.
~ Capella Singapore.
~ Raffles Hotel Singapore.
~ JW Marriot Singapore.
~ Pullman Hotel Singapore.
~ Shangri-La Singapore.
~ Four Seasons Hotel Singapore.
~ W Singapore, Sentosa Cove.
~ Intercontinantal Singapore, Roberston Quay.
~ Pan Pasific Singapore.

2 ) Negeri Johor, Negara Persekutuan Malaysia.

~ Hotel Thistle Johor Bahru.
~ Hotel Doubletree Johor Bahru.
~ Hotel Holiday Inn Johor Bahru.
~ Hotel New York Johor Bahru.
~ Hotel Berjaya Stulang.
~ Hotel Mutiara Johor Bahru.
~ Hotel KSL Johor Bahru.
~ Hotel Jen Iskandar Puteri.
~ Hotel Granada Bukit Indah.
~ Hotel V8 Nusa Bestari.
~ Hotel Holmes Gelang Patah.
~ Hotel Good Hope Skudai.
~ Hotel Selesa Pasir Gudang.
~ Corsica Hotel, Kulai.
~ Le Grandeur Palm Resort, Senai.
~ Perth Hotel, Senai.
~ Impiana Hotel, Senai.
~ The Katerina Hotel Batu Pahat.
~ The PineTree Hotel Batu Pahat.
~ The Summit Hotel Batu Pahat.
~ Pelican Hotel Batu Pahat.
~ Just Hotel Batu Pahat.
~ The Landmark Hotel Batu Pahat.
~ Maple Lodge Batu Pahat.
~ Crystal Inn Batu Pahat.
~ The Silver Inn Batu Pahat.
~ Pontian Hotel, Pontian.
~ Hotel Aloha, Pontian.
~ Hotel Prime City, Kluang.
~ Hotel Kluang Merdeka, Kluang.
~ VIP Hotel, Segamat.
~ Hotel Traders, Muar.
~ Hotel Muarar 99, Muar.
~ Hotel Ophir, Tangkak.
~ Hotel Cascada, Kota Tinggi.
~ Hotel Kota Heritage, Kota Tinggi.
~ Hotel Timotel, Mersing.

3 ) Wilayah (Provinsi) Riau, Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI).

~ Hotel Grand Jatra, Pekanbaru.
~ Hotel Novotel, Pekanbaru.
~ Hotel Pangeran, Pekanbaru.
~ Hotel Pesonna, Pekanbaru.

4 ) Wilayah (Provinsi) Kepulauan Riau (KEPRI), Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI).

~ Hotel Harris, Batam.
~ Hotel Fresh One, Batam.

Jika para pembaca blog ini ingin menginap di hotel atau ingin ketahui lebih lanjut tentang hotel yang disebutkan dalam senarai tersebut... para pembaca boleh melakukan carian di enjin carian Google.

#SIJORI #SIJORIregion #SIJORIwarisan #SIJORIwarisanREGION #SIJOkepri #SIJOkepriREGION #Singapura #Johor #Riau #KepulauanRiau #KepRi #Singapore #Singaporean #Johore #Johorean #Malaysian #Malaysian #Indonesia #Indonesian #Melaka #Malacca #Melakan #Malaccan #NS #NegeriSembilan #Nismilan #Nogori #NogoriSombilan #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Thursday, October 8, 2020

Cadangan Lokasi - Lokasi Penambahan Cawangan Rangkaian Hotel Pullman Di Dalam Kawasan SIJORI...




Pullman merupakan antara suatu jenama rangkaian perhotelan terkemuka dunia... pada ketika blogpost ini sedang ditaip... rangkaian perhotelan Pullman di kawasan urbanisasi ecumenopolitan antarabangsa SIJORI (Singapura, Johor, Riau & Kepulauan Riau) hanya terdapat di republik Singapura sahaja.

Pada pandangan pengarang blog ini... rangkaian perhotelan Pullman berpotensi untuk mengembangkan operasi perniagaannya dengan menambah beberapa cawangan hotel di dalam kawasan urbanisasi ecumenopolitan antarabangsa SIJORI (Singapura, Johor, Riau & Kepulauan Riau). Berikut ialah cadangan lokasi-lokasi penambahan cawangan rangkaian perhotelan Pullman di dalam kawasan urbanisasi ecumenopolitan antarabangsa SIJORI (Singapura, Johor, Riau & Kepulauan Riau)...

~ Johor Bahru.
~ Batu Pahat.
~ Batam.
~ Tanjungpinang.
~ Pekanbaru.
~ Dumai.

Apa pun pengarang blog ini berharap agar perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#SIJORI #SIJORIregion #SIJORIwarisan #SIJORIwarisanREGION #SIJOkepri #SIJOkepriREGION #Singapura #Johor #Riau #KepulauanRiau #KepRi #Singapore #Singaporean #Johore #Johorean #Malaysian #Malaysian #Indonesia #Indonesian #Melaka #Malacca #Melakan #Malaccan #NS #NegeriSembilan #Nismilan #Nogori #NogoriSombilan #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Cadangan Lokasi - Lokasi Penambahan Cawangan Rangkaian Hotel Four Seasons Di Dalam Kawasan SIJORI...




Four Seasons merupakan antara suatu jenama rangkaian perhotelan terkemuka dunia.

Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... rangkaian perhotelan Four Seasons di kawasan urbanisasi ecumenopolitan antarabangsa SIJORI (Singapura, Johor, Riau & Kepulauan Riau) hanya terdapat di terdapat di republik Singapura sahaja. Cawangan Hotel Four Seasons di Singapura terletak di Orchard Boulevard.

Pada pandangan pengarang blog ini... berikut ialah kawasan yang berpotensi untuk bertapaknya Hotel Four Seasons di dalam kawasan urbanisasi ecumenopolitan antarabangsa SIJORI (Singapura, Johor, Riau & Kepulauan Riau)...

~ Johor Bahru.
~ Batam.
~ Pekanbaru.

Apa pun pengarang blog ini berharap agar perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#SIJORI #SIJORIregion #SIJORIwarisan #SIJORIwarisanREGION #SIJOkepri #SIJOkepriREGION #Singapura #Johor #Riau #KepulauanRiau #KepRi #Singapore #Singaporean #Johore #Johorean #Malaysian #Malaysian #Indonesia #Indonesian #Melaka #Malacca #Melakan #Malaccan #NS #NegeriSembilan #Nismilan #Nogori #NogoriSombilan #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Hotel Marina Bay Sands Singapura?...




Hotel Marina Bay Sands merupakan sebuah hotel mewah yang diintegrasikan bersama mall mewah Marina Bay Sands yang terletak di pusat bandaraya ecumenopolitan antarabangsa Singapura.

Bandaraya ecumenopolitan antarabangsa Singapura sememangnya banyak hotel berbintang tetapi Hotel Marina Bay Sands merupakan hotel yang paling mewah di Singapura.

#SIJORI #SIJORIregion #SIJORIwarisan #SIJORIwarisanREGION #SIJOkepri #SIJOkepriREGION #Singapura #Johor #Riau #KepulauanRiau #KepRi #Singapore #Singaporean #Johore #Johorean #Malaysian #Malaysian #Indonesia #Indonesian #Melaka #Malacca #Melakan #Malaccan #NS #NegeriSembilan #Nismilan #Nogori #NogoriSombilan #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...